Mereka dipindahkan ekoran Hotel Cyberview telah ditempah awal sempena perlumbaan Grand Prix Formula One Petronas Malaysia yang akan berlangsung 28-30 Mac ini di Litar Sepang dekat ini.
Mereka dibawa ke Hotel Equatorial dengan sebuah bas.
Penerbangan Malaysia Airlines MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam sebelumnya.
Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.


