suria

MAS Minta Keluarga Penumpang MH370 Tidak Diganggu

Kediaman Kapten Zaharie Ahamad Shah antara yang menjadi tumpuan pengamal media. -fotoBERNAMA
CYBERJAYA: Malaysia Airlines mengeluarkan kenyataan meminta media menghormati privasi keluarga penumpang penerbangan MH370 yang hilang.

Naib Presiden Kanan Komunikasi Strategik MAS Datuk Najmuddin Abdullah pada Khamis berkata syarikat penerbangan itu mengeluarkan kenyataan selepas menerima laporan bahawa keluarga penumpang telah diganggu oleh pihak media.

"Beberapa wartawan telah pergi ke rumah-rumah mereka untuk mencari maklumat yang tidak ingin dikongsi keluarga.

"Kami memahami keperluan anda untuk menyediakan orang ramai dengan maklumat yang terkini, kami meminta kerjasama anda untuk menghormati privasi keluarga yang sedang bersedih," kata Najmuddin dalam kenyataan itu.

Beliau bagaimanapun menambah tidak menjadi masalah jika keluarga penumpang bersedia untuk ditemuramah.


"Tetapi jika tidak, adalah lebih baik jika media menghormati mereka," katanya sambil menambah pihak media telah melakukan satu tugas yang besar dalam membuat liputan kejadian itu.

Artikel Lain