suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Remaja Jatuh Tasik Ditemui

Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR: Mayat seorang remaja lelaki berumur 13 tahun yang terjatuh ke dalam tasik di Puncak Alam di sini Isnin, ditemui pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan anggotanya menemui mayat Muhammad Eqmal Haqem Kamarul Bahrin pukul 4.30 petang dan mayat dibawa naik pukul 4.45 petang.

Beliau berkata, mayat remaja lelaki itu ditemui lengkap berpakaian dalam jarak 100 meter dari lokasi dia terjatuh oleh anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA).

"Anggota PPDA menemui mayat remaja itu yang terperangkap dalam lumpur dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Muhammad Eqmal dikatakan terjatuh ke dalam tasik itu kira-kira pukul 6 petang Isnin ketika dia sedang bermain basikal bersama seorang rakannya.

Tasik berkenaan menjadi tumpuan penduduk di kawasan itu bagi melakukan aktiviti riadah termasuk berbasikal dan berjoging.

Mangsa merupakan anak kedua daripada empat beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3 dekat sini.

Artikel Lain