suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Didakwa Bunuh Ketua Wanita Umno Semenchu

KOTA TINGGI: Tiga penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Selasa kerana dituduh membunuh Ketua Wanita Umno cawangan Semenchu Zalfah Jamaluddin, 68, pada 28 Feb lalu.

Amirul Syahid Mohamad Razali, 20, Hairulnizam Salleh, 25 dan Mazlan Kassim, 21, kesemuanya dari Felda Semenchu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di No.36, Blok 2, Felda Semenchu, pada 12.20 tengah hari.

Ketiga-tuga tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 April sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan bedah siasat ke atas mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Umno, Semenchu, Mahkamah Majistret

Artikel Lain