suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di Selangor iaitu Banting, Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 pagi ini, demikian menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS).

Menurut laporan itu, Banting mencatatkan IPU 105, Kuala Selangor (108) manakala Pelabuhan Klang (139).

Sebanyak 31 kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana antaranya Muar (74), Tanah Merah (56), Seri Manjung (67), Sri Aman (89) dan Putrajaya (83).

Menurut JAS, 17 kawasan lagi mencatat IPU baik antaranya Kota Tinggi (29), Jerantut (29), Keningau (43) dan Kuala Terengganu (37).

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.


Artikel Lain