Dua Beradik Maut Dalam Kebakaran - Semasa | mStar

Dua Beradik Maut Dalam Kebakaran

Ilustrasi

ALOR SETAR: Dua beradik berlainan bapa maut dalam kebakaran selepas rumah dua tingkat di Taman Seri Putra, Kuala Kedah dekat sini yang mereka diami musnah terbakar malam tadi.

Dalam kejadian membabitkan tiga buah rumah pada 9.40 malam itu, mayat Zamzuri Asraf Dun, 13, ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat di dalam bilik air manakala abangnya, Zamzuri Aswad Zainol Abidin, 34, ditemui rentung di tingkat atas rumah.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Awang Hidzel Awang Bujang berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.45 malam dan tiba di tempat kejadian pukul 10.08 malam.

Beliau berkata, mayat mangsa berusia 34 tahun ditemui berdekatan tangga dalam keadaan rentung manakala seorang lagi ditemui di dalam bilik di bahagian belakang rumah. 

Bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 10.14 malam dengan kekuatan 14 anggota serta dua jentera, dan turut dibantu 54 anggota bomba sukarela, katanya ketika ditemui di tempat kejadian, pada Selasa.

"Kita masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian," katanya lagi.

Awang Hidzel menambah, kebakaran membabitkan tiga buah rumah namun penghuni dua lagi rumah berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, rumah mangsa terletak di tengah-tengah dan bahagian dalamnya musnah manakala dua lagi rumah di sebelah kiri dan kanan dapat diselamatkan daripada musnah teruk.

Saksi yang melihat kejadian itu, Habib Mat Zain yang juga mangsa kebakaran berkata ketika kejadian, dia bersama keluarga menonton televisyen apabila terhidu bau seperti getah terbakar.

Dia segera bergegas keluar rumah dan mendapati rumah jirannya yang terletak bersebelahan rumahnya terbakar serta api marak lalu dia menjerit meminta anggota keluarganya menyelamatkan diri.

"Nampak saja api saya jerit minta ahli keluarga saya keluar dari rumah dan turut minta jiran lain selamatkan diri. Saya jadi panik dan terus mendapatkan bantuan daripada pasukan penyelamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini lewat malam tadi.

Kebakaran , Alor Setar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

MH370: Keluarga Redha

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini