suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Kajang: Pertembungan Satu Lawan Satu

Wan Azizah (kiri) dan Chew Mei Fun.
KAJANG: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas prosea penyerahan borang pencalonan ditutup tepat pukul 10 pagi.

Saingan berkenaan menyaksingan pertembungan dua pemimpin wanita berpengaruh daripada kedua-dua parti politik.

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun akan mewakili BN manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili partinya pada PRK itu.

Tiada calon Bebas hadir menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman.

PRK Kajang diadakan bagi mengisi  kekosongan kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

prk kajang, chew mei fun, wan azizah

Artikel Lain