suria

Siasatan Dapati Kurang Bukti Pesawat MH370 Diserang, Kata Sumber

Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200.
WASHINGTON: Para penyiasat di Malaysia menyuarakan keraguan mengenai pesawat MH370 dengan 239 orang di atas kapal yang hilang pada awal pagi Sabtu menjadi sasaran serangan, kata sumber kerajaan Amerika Syarikat dan Eropah yang terlibat dengan siasatan tersebut.

Nasib pesawat Malaysia yang hilang kira-kira sejam ketika dalam penerbangan ke Beijing terus menjadi misteri, apabila pencarian di laut dan udara dilakukan secara besar-besaran yang kini memasuki hari ketiga, gagal menemui sebarang kesan daripada pesawat Boeing 777 itu.

Sama ada Cawangan Khas Malaysia, yang merupakan agensi utama siasatan dalam negara, mahupun agensi perisikan di Amerika Syarikat menolak kemungkinan bahawa militan mungkin terlibat dalam insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Tetapi pihak berkuasa Malaysia telah menyatakan bukti setakat ini tidak menyokong kuat bahawa serangan sebagai penyebab kehilangan pesawat, dan masalah teknikal atau juruterbang yang boleh membawa kepada nahas, kata sumber Amerika Syarikat.

"Tidak ada bukti yang menunjukkan untuk mengandaikan ia sebagai tindakan keganasan," kata sumber keselamatan Eropah, yang menambah bahawa "tiada penjelasan apakah yang berlaku pada pesawat itu dan dimanakah ia."

mh370, malaysia airlines

Artikel Lain