suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Semak Protokol Keselamatan KLIA - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian Program Penyatuan Nasional 2014 yang bertemakan 'Komuniti Asas Penyatuan Nasional' di Perumahan Awam Seri Melaka Cheras pada Ahad. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyemak semula semua protokol yang terlibat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan bersedia meningkatkan lagi protokol dan keselamatannya jika ada keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas tentang kemungkinan ada unsur ancaman pengganas terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Najib berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh.

"Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini, Ahad.

Insiden pesawat penumpang MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lepas itu menjadi lebih menarik apabila Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan dua penumpang pesawat itu menggunakan pasport palsu sewaktu menaiki pesawat.

Susulan itu, Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia telah memaklumkan kepada agensi-agensi anti-pengganas di beberapa negara mengenai dua penumpang terbabit.

Sehingga kini tidak diketahui nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal.

Perdana Menteri, Najib, KLIA, MH370

Artikel Lain