suria

Syabas Gesa Penduduk Tidak Terjejas Dengan Catuan Jimat Guna Air

Priscilla Alfred.

PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menasihatkan pengguna yang tidak terjejas dengan pelaksanaan catuan air supaya berjimat dalam penggunaan air mereka.

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat Syabas, Priscilla Alfred dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, catuan dilakukan bagi kuantiti air yang dirawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menurun sebanyak 300 juta liter sehari.

"Pengguna yang berada di kawasan tidak terjejas ekoran catuan digesa untuk menjimatkan dan mengurangkan penggunaan air mereka bagi membantu mencapai sasaran 300 juta liter sehari," katanya.

Beliau juga meminta mereka yang terjejas dengan catuan itu supaya menggunakan air untuk kegunaan penting dan mengelakkan penggunaan yang tidak penting dan tidak perlu seperti membasuh kereta dan menyiram rumput.

Catuan yang bermula pda Ahad berkuatkuasa sehingga 31 Mac berikutan penurunan paras air di beberapa empangan.

Ia akan memberi kesan kepada 402,457 isi rumah dan perniagaan di enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor.

Lebih dua juta orang akan perlu bertahan selama sebulan dengan air yang dibekalkan selang selama dua hari, diikuti dengan dua hari gangguan air.

syabas, catuan, Priscilla Alfred

Artikel Lain