Tujuh Wilayah Bakal Alami Tekanan Air Rendah, Putus Bekalan - Syabas - Semasa | mStar

Tujuh Wilayah Bakal Alami Tekanan Air Rendah, Putus Bekalan - Syabas

Penduduk mengisi tong air dari tasik, selepas air di beberapa kawasan Kuala Langat dicatu secara berperingkat oleh Syabas. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.2 juta pengguna dari 300,000 isu rumah di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mula mengalami kesan terputus bekalan air atau tekanan rendah, ekoran pengurangan pengeluaran air terawat oleh lima loji rawatan air (LRA) atas arahan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upen), Rabu.

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata ia melibatkan tujuh wilayah sekitar Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

"Rezab bekalan air sedia ada yang sangat kecil dan dalam keadaan biasa sudah tidak mampu untuk menampung paras permintaan pengguna kerana kelima-lima loji rawatan air tersebut membekalkan 60 peratus daripada keperluan air terawat bagi kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) iaitu pihak yang bertanggungjawab terhadap sumber air mentah kerajaan Selangor telah mengeluarkan surat arahan pada 24 Feb lepas kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) yang mengurus tiga loji berkenaan agar mengurangkan pengambilan air mentah sebanyak 200 juta liter sehari (JLH) dari Sungai Selangor.

Loji terbabit ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 3 dan LRA Sungai Rasa manakala LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Rantau Panjang diurus Puncak Niaga (M) Sdn Bhd.

Pada masa sama, ekoran arahan yang dikeluarkan oleh Luas dan Upen ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) telah mengarahkan Syabas menyediakan pelan pengagihan bekalan air berjadual bagi pengguna yang terlibat untuk dibentangkan kepada Span, Khamis.

"Jika pelan pengagihan bekalan air berjadual ini diluluskan Span, ia akan diumumkan kepada pengguna secara bersama oleh pihak Span dan Syabas pada 28 Feb ini untuk dilaksanakan mulai Ahad, 2 Mac 2014," kata Priscilla.

Syabas turut berharap pengguna yang terlibat dapat memahami situasi sebenar yang berlaku dan mengambil langkah untuk mengurangkan kesan yang bakal dialami.

Sementara itu, bagi pengguna yang tidak terlibat, mereka disaran menggunakan air secara berhemah dan mengelak pembaziran kerana setiap penjimatan boleh disalurkan kepada kawasan yang terlibat dengan gangguan.

syabas , langat2

Artikel Sebelum

Loji Langat 2 Dijangka Siap 2017 - Ongkili

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.