Media Sosial Baik Untuk Ukur Prestasi Politik - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Prestasi seseorang ahli politik itu tidak terlepas daripada penelitian di media sosial yang merupakan cara yang baik untuk mengukur tahap kepuasan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin negara.

"Media sosial terbukti sebagai elemen pengukuran prestasi yang baik untuk ahli-ahli politik dalam memastikan komitmen mereka kepada rakyat di bawah jagaan mereka diteruskan," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di majlis Anugerah Media Sosial dan Blogger Dunia di sini, Rabu.

Majlis makan malam gala diadakan sempena berakhirnya Minggu Media Sosial Malaysia 2014, berlangsung di Zebra Square.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan Setiausaha Agung Kementerian Kesihatan Datuk Farida Mohd Ali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata media sosial adalah satu alat yang penting yang melengkapkan tanggungjawabnya yang mempunyai pelbagai peranan sebagai pemimpin masyarakat, menteri dan warganegara Malaysia.

"Saya perlu dimaklumkan, terlibat, dan dapat menawarkan penyelesaian dengan kemampuan kuasa yang diberikan kepada saya," katanya.

Dengan pelbagai jabatan berorientasikan perkhidmatan awam di bawah bidang beliau, Zahid mendapati media sosial tidak boleh diketepikan, dan ia sebagai alat di tangan untuk berhubung dan memastikan maklumat berkaitan disampaikan kepada orang ramai.

"Media baru memberikan kebebasan, ketelusan dan tidak berat sebelah untuk orang ramai menyuarakan pandangan mereka mengenai agenda politik semasa negara, sama ada pemimpin melakukan perkara yang betul atau adakah rakyat perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan hasil yang lebih baik," katanya.

Beliau juga mengajak pengguna media sosial untuk menegakkan kebenaran dan bertanggungjawab dalam posting-posting mereka dalam talian.

"Jadilah orang yang benar dengan berani menyuarakan apa yang salah, tetapi juga bertindak baik dengan menawarkan penyelesaian yang baik kepada isu-isu yang memerlukan penyelesaian," kata Ahmad Zahid.

Majlis anugerah memberi penghormatan terhadap blog, penulis blog dan aktivis media sosial negara untuk pencapaian dan sumbangan mereka dalam arena media baru.

ahmad zahid, media sosial

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain