suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

300 Pegawai Penguatkuasa DBKL Dikerah Bertugas Di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Seramai 300 pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerah bertugas di sekitar Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2014 malam Selasa di samping menghadapi kemungkinan perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosial Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz ketika dihubungi Bernama berkata, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, pihaknya telah bersiap sedia untuk mengawal situasi di kawasan berkenaan.

"Sambutan ambang Tahun Baharu akan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan, namun kita akan bekerjasama dengan pihak polis bagi menjamin tahap keselamatan orang awam di kawasan itu," katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya juga akan mengetatkan kawalan di bangunan DBKL yang terletak berhampiran Dataran Merdeka supaya tidak berlaku sebarang pencerobohan.

Beliau meminta orang awam supaya tidak terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang.

Tinjauan Bernama mendapati anggota penguatkuasa DBKL berada di dataran itu seawal 8 pagi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain