suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Maut Selepas Kereta Dirempuh Kepala Treler di Rembau

REMBAU: Seorang warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kepala treler di Jalan Datuk Sedia Raja di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom berkata dalam kejadian pada kira-kira 8 pagi, Baharuddin Ismail, 66, dari Kampung Senama, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

"Kedua-dua kenderaan sedang menghala ke arah yang sama iaitu pekan Rembau apabila kemalangan berlaku," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Pemandu treler bagaimanapun selamat dan punca kejadian masih disiasat, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain