suria

Ahmad Kamarulzaman Timbalan Panglima Tentera Laut Baharu

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (tengah) menyaksikan majlis Serah Terima Tugas Timbalan Panglima Tentera Laut diantara bekas Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Mohammed Noordin Ali dengan Ahmad Kamarulzaman (kanan) pada majlis Perbarisan Perpisahan Timbalan Panglima Tentera Laut dan Majlis Serah Terima Tugas di KD Sri Gombak, Kuala Lumpur pada Jumaat.-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin pada Jumaat secara rasminya mengambil alih tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut yang baharu.

Majlis pemakaian pangkat dan serah tugas itu berlangsung di Kapal Diraja (KD) Sri Gombak, Kementerian Pertahanan di sini yang disaksikan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar serta pegawai-pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pelantikan Kamarulzaman Ahmad bagi menggantikan Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Mohammed Noordin Ali yang bersara dari perkhidmatan.

Abdul Aziz ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih kepada Mohammed Noordin atas segala jasa dan bakti yang dicurahkannya sepanjang berkhidmat di TLDM.

"Noordin mempunyai banyak pengalaman dalam hal-hal TLDM. Bagaimanapun, jawatan beliau diambil alih oleh Ahmad Kamarulzaman yang merupakan seorang berdedikasi, tegas serta mudah didekati," katanya.

Ahmad Kamarulzaman, 54, yang sebelum ini menyandang jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia dan Panglima Angkatan Bersama mempunyai Ijazah Sajana (MA) dalam bidang Pertahanan dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Kebangsaaan Malaysia.

Beliau yang mula berkhidmat di TLDM pada 1977, pernah memegang jawatan Panglima Armada yang berpangkalan di Lumut, Perak serta Panglima Wilayah Laut 2, berpangkalan di Teluk Sepanggar, Sabah.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai bantuan kepada mangsa taufan Haiyan di Filipina, Abdul Aziz berkata pihaknya sentiasa bersiap sedia menghulurkan bantuan dari segi penggunaan kapal-kapal, jika diminta.

Taufan Haiyan yang melanda wilayah Guiuan di timur Samar, Filipina Jumaat lepas menyebabkan ramai terbunuh dan sejumlah besar cedera serta kehilangan tempat tinggal. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain