suria

Nik Amar Cabar Mat Sabu

Nik Amar Nik Abdullah
Nik Amar Nik Abdullah
Nik Amar Nik Abdullah

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang penyandang jawatan berkenaan, Mohamad Sabu.

Saingan berkenaan dijangka menarik dengan kerana ia dilihat sebagai saingan untuk mengekalkan kepimpinan ulama dan kem Erdogan dalam PAS.

Nik Amar merupakan tokoh ulama yang dikenali dalam arena politik di Kelantan sementara Mat Sabu merupakan seorang pejuang isu-isu rakyat bagi kem Erdogan dalam PAS.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mendapat jumlah pencalonan paling tinggi telah memutuskan untuk bertanding jawatan Naib Presiden sahaja.

Beliau telah mengumumkan keputusannya pada lewat malam Khamis dengan mengatakan jawatan Timbalan Presiden terlalu besar untuk dipikul olehnya.

Sementara seorang lagi calon, Datuk Husam Musa yang baru sahaja pulang dari Kurdistan pada Jumaat turut mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya.

Nik Amar, ketika dihubungi selepas tempoh pencalonan ditutup pada pukul 5 petang Jumaat, berkata ramai rakan dalam parti memberinya galakkan agar beliau bertanding.

"Ia satu beban yang berat namun kami mahu mengukuhkan parti dan membantu presiden menghadapi cabaran pada masa hadapan," katanya.

Mat Sabu juga telah mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sebelum ini.

Saingan dua penjuru merebut jawatan no2 dalam PAS antara Mat Sabu-Nik Amar kali pertama berlaku sejak 2007.

Pada dua kali pemilihan parti yang lalu menyaksikan saingan tiga penjuru bagi jawatan berkenaan.

Pada 2001, Mat Sabu memperoleh kemenangan dalam saigan tiga penjuru selepas berlaku pecah undi dikalangan golongan pro-ulama antara mereka yang menyokong Tuan Ibrahim dan Nasharudin Mat Isa.

Kedua-dua mereka merupakan tokoh ulama yang dikenali.

Mat Sabu memecah tradisi apabila beliau menjadi tokoh bukan ulama memegang jawatan kedua tertinggi dalam parti.

Kumpulan pro-ulama dilihat sangat agresif dalam memastikan calon ulama memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Ada diantara golongan muda yang pro-ulama menggunakan media sosial untuk mempromosikan calon pilihan mereka.

Akaun Facebook kontroversi, 'El-Haraki' yang bermaksud gerakan sosial telah melancarkan serangan terhadap kem Erdogan disamping mengetengahkan peraran golongan ulama.

Kumpulan pro-ulama ini dilihat tidak bersetuju apabila agenda Islam yang diketengahkan oleh parti itu terpaksa mereka kompromi kerana terikat dengan PKR dan DAP.

Golongan ini mahu suara ulama lebih dominan dalam PAS.

Nik Amar juga mengakui golongan ulama mahu parti itu menilai kembali hubungan mereka dalam Pakatan Rakyat.

"PAS mengalami kemorosotan dengan kehilangan kerusi dalam pilihan raya umum. Kita kehilangan dua kerusi Parlimen, daripada 23 kepada 21 kerusi sementara Umno mencatatkan pencapaian yang lebih baik apabila meningkat daripada 79 kepada 89 kerusi. Kita tidak boleh mencapai cita-cita kita untuk menggantikan Umno jika kita tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu-Islam."

"Kita tidak bercakap untuk tarik diri daripada Pakatan namun tidak perlu menilai masalah dan kesilapan yang menyebabkan sokongan orang Melayu berpihak kepada Umno berbanding PAS. Walaupun saya satu-satunya calon ulama, saya berharap saya dapat mewakili semua orang dalam PAS kerana kita perlu bersama-sama dalam menghadapi cabaran," katanya.

Sementara itu, Mat Sabu pula dilihat berjaya meletakkan peranan aktivis sebagai pelengkap kepada kekuatan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat sebagai penghubung antara PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan.

Hadi menang tanpa bertanding jawatan Presiden buat penggal keenam berturut-turut sementara enam orang calon mencuba nasib untuk merebut tiga jawatan Naib Presiden.

Muktamar PAS akan berlangsung pada 22 hingga 24 November ini di Shah Alam sementara pemilihan dan muktamar bagi tiga sayap parti itu akan diadakan sehari lebih awal.

Artikel Lain