suria

Maznah Tidak Kisah Dianggap Calon "Underdog"

Maznah Mazlan.
Maznah Mazlan.
Maznah Mazlan.

MARANG: Calon ketua Wanita Umno, Datuk Maznah Mazlan tidak kisah dianggap sebagai calon "underdog" dalam pemilihan sayap parti itu pada 12 Oktober depan.

Ini kerana katanya, keputusan ditentukan oleh perwakilan akar umbi.

"Sekarang ini semua calon ada peluang untuk mendekati perwakilan menerusi majlis yang dianjurkan oleh Umno di setiap negeri dan bagi saya ini ialah peluang sama rata untuk setiap calon berjumpa dengan perwakilan," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau diminta mengulas laporan media mengenai semakin ramai ketua Wanita Umno negeri menyatakan sokongan kepada penyandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Jawatan ketua Wanita Umno menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu antara Shahrizat, Maznah dan anggota seumur hidup Umno, Raihan Suleiman. - BERNAMA

Artikel Lain