suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Untuk Pertama Kali Giat Mara Perkenal Program Pengajian Separuh Masa Januari Depan

SEMPORNA: Giat Mara akan memperkenalkan sistem pengajian separuh masa bermula Januari ini khusus untuk mereka yang mempunyai komitmen lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Meriyam Abd Majid berkata, menerusi sistem itu pelatih boleh datang ke kelas selepas mereka selesai dengan urusan harian.

"Bagi pelatih yang tidak dapat hadir kelas pada waktu pagi kerana komitmen pekerjaan atau tugas harian atau keluarga, mereka boleh datang pada waktu petang.

"Mereka yang berjaya menghadiri semua kelas sepanjang sebulan akan diberi elaun RM50," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, menerusi sistem itu, pelatih harus mengikuti kelas latihan selama setahun sebelum diberi sijil profesional, berbanding enam bulan bagi pelatih sepenuh masa.

Jika mereka enggan menamatkan kursus setahun dan hanya belajar kemahiran, Giat Mara akan mengeluarkan sijil modular kepada mereka, katanya lagi.

"Sijil ini amat penting jika mereka nak buat pinjaman perniagaan dengan Mara," kata beliau.

Meriyam menjelaskan, untuk permulaan, Giat Mara akan menawarkan kursus jahitan dan pengambilan akan melibatkan semua 231 pusat Giat Mara di seluruh negara dengan setiap pusat dibenar mengambil maksimum lima pelatih.

Artikel Lain