suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Hilang dii Sungai Kuala Kemaman Ditemui Lemas

KEMAMAN: Mayat seorang lelaki yang hilang ketika mandi bersama rakannya di muara Sungai Kuala Kemaman di sini semalam ditemui lemas, pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kemaman Che Suza Che Hitam berkata mayat mangsa Mohd Zaki Seman, 45, ditemui pada 9.45 pagi oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat, selama hampir dua jam bermula 8 pagi.

"Mayat mangsa dikesan timbul kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa yang berasal dari Kemaman bersama rakannya ke sungai berkenaan untuk mandi. Ketika sedang mandi mangsa yang dipercayai melakukan terjunan keempat dari jeti berhampiran telah tenggelam dan tidak timbul. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain