suria

Polis Minta Kerjasama Orang Ramai Kesan Dua Suspek Kes Tembak

Orang yang dikehendaki: Jivaneswaran (kiri) dan Munisvaran.
Orang yang dikehendaki: Jivaneswaran (kiri) dan Munisvaran.
Orang yang dikehendaki: Jivaneswaran (kiri) dan Munisvaran.

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang sedang mencari dua suspek bagi membantu siasatan dua kes tembak berasingan yang berlaku pada Disember tahun lepas dan Mac lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata individu pertama yang dicari ialah Muniswaran Sekaran atau dikenali sebagai Inderan, 32, yang alamat terakhirnya di No.79, Jalan Permai, Taman Brown, di sini, dipercayai terlibat kes tembak di Lebuhraya Plus pada 3 Mac lepas.

Beliau berkata dalam serangan itu, mangsa yang memandu bersendirian menghala Jambatan Pulau Pinang, mengalami kecederaan di bahagian tangan sebelah kanan selepas satu daripada tembakan terkena tangannnya.

Sementara, Jivaneswaran Nagarajan, juga dikenali sebagai Kanadi Jiva, 32, yang beralamat di No.12, Lorong Mangga 13, Taman Mangga, Simpang Ampat, dicari bagi membantu siasatan kes tembak seorang lelaki di Taman Brown, di sini pada 20 Dis 2012, katanya.

Katanya kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas mangsa meninggal dunia di hospital.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menelefon 04-269-1999. -BERNAMA

Artikel Lain