suria

Kanak-Kanak Perempuan 14 Tahun Peroleh Status Warganegara Selepas Jalani Ujian DNA

Yanesha
Yanesha
Yanesha

KUALA LUMPUR: Adalah saat-saat yang menggembirakan bagi N.Yanesha, kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun, yang terpaksa menjalani ujian DNA untuk membuktikan bapa kandung beliau adalah seorang rakyat Malaysia dan beliau akhirnya mendapat kerakyatan Malaysia.

Peguam Yanesha, Annou Xavier memaklumkan perkara ini kepada Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop pada Rabu.

Yanesha berkata beliau sangat gembira mendapat status kewarganegaraan Malaysia.

"Saya telah mengambil kad pengenalan (IC) di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya seminggu yang lalu," kata Yanesha, yang bapanya dari Malaysia manakala ibunya dari Filipina.

Ibu saudaranya, S.Yogeswari berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar surat minggu lalu kepada bapa Yanesha, S.Nanthakumar memaklumkan bahawa permohonan IC beliau telah diluluskan dan beliau boleh mengambil IC di mana-mana pejabat JPN.

"Pada hari pertama, dia mendapat sijil kerakyatan Malaysia dan kemudian dia mendapat IC pada hari berikutnya," katanya.

Yogeswari berkata ujian DNA yang telah dibayar Nanthakumar sebanyak RM1,500 bagi mendapatkan status kerakyatan Malaysia untuk anak perempuannya adalah berbaloi.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Xavier berkata Hakim Rosilah mengarahkan Peguam Persekutuan Haryati Ahmad untuk mendapatkan arahan bagi mendapatkan sijil kelahiran baru kanak-kanak itu, yang menyatakan statusnya sebagai "warganegara".

"Dia kini mempunyai MyKad yang ditunggu selama lapan tahun," katanya.

Peguam Nizam Bashir, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi NGO - Voice of Children, berkata Malaysia perlu mengkaji semula mengenai Konvensyen Hak Kanak-kanak 1951, Perkara 7 bahawa setiap kanak-kanak diberi hak warganegara kerana ia boleh menjejaskan hak-hak pendidikan mereka dalam sekolah kebangsaan.

Ibu bapanya telah berpisah dan gadis itu, yang dilahirkan di Bandar Sunway di Petaling Jaya pada 3 Mei, 1999, tinggal dengan emak saudaranya dan memegang sijil kelahiran yang menyatakan status "Bukan Warganegara".

Yanesha, yang bapanya adalah warga Malaysia dan ibu Judith Guballo, dari Filipina memfailkan tuntutan sivil melalui Yogeswari.

Dia itu menamakan Ketua Pengarah JPN, Setiausaha Agung KDN dan kerajaan sebagai defendan.

Antara lain, Yanesha meminta perisytiharan warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memohon kepada mahkamah untuk mengarahkan defendan mengeluarkan sijil kelahirannya, MyKad dan perintah bahawa JPN mendaftar dan mengemas kini namanya ke dalam daftar.

Artikel Lain