suria

Penerima Gelaran 'Datuk' Tidak Diiktiraf Diminta Membayar RM90,000

KUALA LUMPUR: Seminggu selepas wajahnya muncul dalam akhbar, penerima anugerah Dato' Kehormat Undang Naning yang tidak diiktiraf mendakwa dirinya telah diyakinkan untuk mempercayai anugerah sebagai 'diiktiraf' dan hampir membayar RM90,000.

Sebestian Koh, 49, berkata terdapat lebih 100 penerima pada hari itu yang menerima salah satu daripada tiga gelaran - Datuk Seri, Datuk Paduka dan Datuk.

Koh turut menyangkal kenyataan Undang Luak Naning Melaka, Dato' Seri Raja Merah Dato' Abdul Latif Hashim, bahawa beliau tidak memberikan gelaran itu kepadanya.

Menunjukkan gambar beliau menerima anugerah itu di "Balai Rasmi" di Simpang Ampat, Melaka, pada 16 Februari, Koh berkata: "Saya rasa kekeliruan pasti timbul kerana terdapat begitu ramai orang yang diberikan anugerah pada hari itu, jadi dia (Abdul Latif) mungkin tidak ingat tentang saya.

"Saya diberitahu oleh seorang kawan, yang juga menerima anugerah itu bahawa ia telah diiktiraf oleh Kerajaan. Beliau berkata, saya juga boleh memasukkan gelaran itu dalam MyKad dan pasport saya.

"Walaupun saya tidak pernah mendengar tentang anugerah itu, saya membuat keputusan untuk menerimanya kerana mereka juga telah berbincang dengan saya."

Koh berkata demikian kepada pemberita di Jabatan Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Rabu.

Akhbar 'The Star' menyiarkan isu ini dengan tajuk 'gelaran yang menimbulkan tanda-tanya yang diberikan oleh ketua-ketua Naning' dan menemubual Abdul Latif dan Ahmad Shah Raja Noor Jan Shah, yang mendakwa dirinya "Sultan Melaka-Perak".

Abdul Latif berkata majlis penyampaian anugerah untuk memberikan gelaran adalah adat dan anugerah semata-mata dan tidak ada kaitan dengan mereka yang dikurniakan pingat oleh Kerajaan Melaka.

Pada November tahun lepas, Koh berkata rakannya, "Datuk" Teoh, telah dipanggil untuk memaklumkan kepada beliau mengenai gelaran Datuk dan menyerahkan "surat watikah".

Katanya beliau juga telah dimaklumkan mengenai "derma standard" RM90,000 untuk gelaran itu yang akan "disumbangkan" ke wilayah Naning.

Sebelum majlis pengurniaan, Koh berkata beliau membayar RM6,000 untuk kain ikat kuning dengan jalur merah, pingat dengan perkataan "Dato Kehormat" dan kad yang menunjukkan identiti beliau sebagai pemegang gelaran.

Apabila ditanya sama ada dia tahu bahawa anugerah itu adalah meragukan, Koh mengaku dia tidak tahu bahawa kerajaan itu tidak mempunyai sejarah kesultanan.

Beberapa bulan selepas beliau menerima anugerah itu, Koh berkata kawan-kawannya bertanya jika mereka boleh mengiklankan ucapan tahniah mereka dan dia bersetuju.

"Hanya selepas 'Star' menulis artikel mengenai ini, saya menyedari bahawa saya telah menerima anugerah yang tidak diiktiraf. Kawan-kawan saya ketawakan saya kerana menjadi penerima anugerah palsu. Ia sangat memalukan."

Apabila ditanya mengenai langkah seterusnya, Koh berkata beliau tidak akan membuat laporan polis tetapi telah mengetepikan anugerah itu dan meneruskan hidup seperti biasa.

Artikel Lain