suria

Anwar Nafi Langgar Syarat Perjanjian Damai

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sesuatu kepada Karpal Singh pada sesi penggulungan Kongres PKR di Dewan Sivik MBPJ pada Sabtu.
 Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sesuatu kepada Karpal Singh pada sesi penggulungan Kongres PKR di Dewan Sivik MBPJ pada Sabtu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sesuatu kepada Karpal Singh pada sesi penggulungan Kongres PKR di Dewan Sivik MBPJ pada Sabtu.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau mengingkari perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang digerakkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla pada April lalu.

Sebaliknya, beliau berkata perjanjian yang ditandatangani antara dirinya dan Najib tidak lagi dianggap terpakai selepas berlakunya penipuan dalam berkempen, tiada akses kepada kebebasan media dan pilihan raya yang adil.

"Tak perlu cari kesalahan orang lain jika Najib sendiri yang melanggar syarat (perjanjian damai) itu).

"Kita sudah tandatangani syarat yang ditetapkan tetapi ia tidak berlaku," katanya kepada pemberita selepas ucapan penggulungan Kongres Nasional Keadilan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, Sabtu.

The WallStreet Journal (WSJ) pada Sabtu melaporkan Jusuf mendakwa Anwar telah mengingkari perjanjian yang digerakkannya pada April lalu, sebulan sebelum PRU-13 diadakan.

Perjanjian tersebut meminta komitmen kedua-dua pihak supaya tidak melakukan serangan secara peribadi semasa berkempen dan menerima apa jua keputusan pilihan raya.

Jusuf dilaporkan berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan ‘melihat realiti’.

"Kami mempunyai komitmen, tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak, tidak," kata Jusuf.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menafikan beliau pernah bersemuka dengan Najib ketika menandatangani perjanjian damai itu.

Sebaliknya beliau berkata, perjanjian tersebut ditandatangani secara berasingan selepas mendapat nasihat daripada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau akan bersemuka dengan Jusuf dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar.

Artikel Lain