suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli PKR Tanding Calon Bebas Diberi Masa Hingga 5 Petang Untuk Tarik Diri

PETALING JAYA: Kira-kira 20 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk beberapa ketua cabang berdepan tindakan dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas, kata pemangku ketua disiplin parti, Zulkefly Omar.

"Ahli-ahli yang didapati bertanding sebagai calon Bebas dipecat secara automatik daripada parti.

"Bagaimanapun, parti itu memberi masa sehingga 5 petang ini kepada mereka untuk meminta maaf dan menarik diri daripada bertanding untuk mengelakkan daripada dipecat," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Rabu.

Zulkefly berkata, terdapat kira-kira 20 ahli yang bertanding sebagai calon Bebas termasuk 'seorang atau dua' ketua cabang parti itu.

Tambahnya, mereka perlu menarik diri daripada bertanding dan mengeluarkan jamin bertulis kepada parti bahawa mereka tidak akan berkempen untuk diri sendiri.

Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut hadir pada sidang media itu, memberi amaran kepada ahli-ahli yang berkempen menentang parti atau berkempen untuk calon parti lawan atau calon Bebas bahawa mereka akan dipecat serta merta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain