Datuk Rashid Harun Dilantik Komander PDRM Esscom - Semasa | mStar

Datuk Rashid Harun Dilantik Komander PDRM Esscom

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman, Datuk Abd Rashid Harun dilantik sebagai Komander Pasukan Keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berkuatkuasa Jumaat, 12 April. SAC Abd Rashid, akan memangku pangkat DCP.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan berkata, Abd Rashid adalah antara 12 pegawai kanan polis yang diumum bertukar atau dinaikkan pangkat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis.

Kesemua pertukaran dan kenaikan pangkat itu berkuatkuasa esok (Jumaat).

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perlindungan Keselamatan (E6) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Nadzer Nordin pula dilantik sebagai Ketua Perisikan Bersama, Esscom juga dengan memangku jawatan DCP.

Lima lagi pegawai kanan lain akan memangku pangkat SAC iaitu Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, ACP Kamarul Bahrin Mohamad yang dilantik sebagai Ketua Staf Briged PGA, Esscom; Timbalan Ketua Cawangan Khas (1) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, ACP Zulkifli Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Staf Perisikan PDRM, Esscom.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)(Risikan /Operasi) IPK Selangor, ACP Rosli Mohd Isa pula dilantik Ketua Staf Siasatan Esscom; Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohammad Nasir Ramli ke jawatan Ketua Staf Pasukan Gerakan Khas (PGK) Esscom dan Komander Pasukan Polis Marin PDRM Wilayah Empat Sabah, ke jawatan Ketua Staf Pasukan Gerakan Udara/Pasukan Polis Marin, Esscom.

Lima lagi pegawai akan memangku pangkat ACP iaitu Supt (D4) CIU Interim, JSJ Bukit Aman, Supt Ahmad Taufek Abdullah dan memegang jawatan Timbalan Ketua Staf Siasatan i, Esscom; Supt Siasatan Pengubahan Wang Haram (1), Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman menjadi Timbalan Ketua Staf Siasatan II, Esscom.

Jurutera I Khidmat Kejuruteraan Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman, Supt Sulaiman Hussain dilantik sebagai Timbalan Ketua Staf Pasukan Gerakan Udara, Esscom; Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4, Sabah, Supt Wan Shazali Wan Abd Rahman dilantik sebagai Timbalan Ketua Staf Pasukan Polis Marin, Esscom.

Penolong Komander UTK (OPS), UTK Jabatan KDN/KA, Bukit Aman Supt Hazani Ghazali pula akan memegang jawatan Timbalan Ketua Staf PGK, Esscom.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain