suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyiasat Persendirian PI Bala Meninggal Dunia

P.Balasubramaniam
P.Balasubramaniam
P.Balasubramaniam

PETALING JAYA: Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah klinik di Rawang pada Jumaat.

Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, yang juga Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR memaklumkan, Balasubramaniam mengalami masalah pernafasan dan meninggal dunia pada 1.40 petang.

Mendiang sepatutnya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh dari rumahnya di Rawang pada kira-kira 1.30 petang ini, katanya.

Beliau berkata Balasubramaniam yang baru sahaja pulang ke negara ini dari India, mengalami masalah jantung dan dimasukkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) mingggu lepas.

Mendiang dijangka menjalani pembedahan pintasan jantung dalam tempoh tiga minggu dan dibenarkan keluar dari hospital itu Selasa lepas.

Artikel Lain