Sebabkan Kematian Rakan Serumah: Empat Dipenjara Lapan Tahun - Semasa | mStar

Sebabkan Kematian Rakan Serumah: Empat Dipenjara Lapan Tahun

KUALA LUMPUR: Empat rakan masing-masing dipenjara lapan tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku menyebabkan kematian seorang rakan mereka di sebuah kondominium, tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin memerintahkan Sherill Clarissa Razif, 24, Ellina Mahili, 25, dan Huzaifah Kamal, 24, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 3 Februari 2012 manakala Raja Nur Bahiah Raja Kamarulzaman, 24, pada 9 Februari tahun lepas.

"Selepas meneliti fakta kes, mitigasi kesemua tertuduh dan faktor kepentingan awam serta punca kejadian, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun setengah bagi setiap tertuduh," katanya.

Mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian Nor Shahirah Hassan, 26, di Genting Court Condo, Jalan Genting Klang, Setapak antara 12 tengah malam hingga 5 pagi pada 3 Februari tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Terdahulu, ketika disoal hakim berhubung punca kejadian, Sherill Clarissa memberitahu mahkamah mangsa memburukkan nama ibunya manakala Ellina berkata Nur Shahiran berhutang dengannya sebanyak RM2,000.

Huzaifah pula berkata mangsa sering menipunya manakala Raja Nor Bahiah memaklumkan ketika kejadian, dia berhasrat membantu Nur Shahiran namun membatalkan niatnya selepas mendapat tahu wanita itu juga ada memburukkan namanya.

Mengikut fakta kes yang dibentang Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar, tertuduh bertindak kejam dengan mencurah air mendidih ke arah muka dan anggota badan mangsa selain memukul, menendang serta membogelkannya.

Selepas itu, Nur Shahiran diarah masuk ke dalam sebuah bilik untuk mengambil kain bagi mengelap lantai yang dibasahi air panas tersebut namun mangsa tidak keluar semula dari bilik berkenaan.

Fakta kes itu juga menyebut tertuduh kemudian memeriksa bilik yang dimasuki Nor Shahirah dan mendapati tingkap bilik terbuka separuh dan mangsa tertiarap di bawah bangunan dalam keadaan bogel.

Sementara itu, Mohd Mukhzany Fariz memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal berikutan kejadian jenayah bunuh semakin berleluasa.

Beliau berkata ibu mangsa, Laila Jamaluddin, 54, tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana tidak sihat, namun menerusi rakaman percakapan, beliau sedih dengan kehilangan anak sulungnya.

Sherill Clarissa diwakili peguam Joshua Kevin, Ellina oleh peguam Datuk Sallehuddin Saidin, Huzaifah oleh Mohd Radzlan Jalaludin dan Raja Nur Bahiah diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi.

Sebelum prosiding bermula, Ellina dan Raja Nur Bahiah sempat bertemu anak mereka yang masing-masing berusia 10 dan empat bulan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain