suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warna Dakwat Adalah Neutral - SPR

PUTRAJAYA: Dakwat kekal yang akan digunakan semasa pilihan raya umum ke-13 bukan warna biru, hijau, merah atau mana-mana warna yang mewakili parti politik.

Dua warna yang akan digunakan untuk pengundi awal dan pengundi biasa.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan mendedahkan apakah warna tersebu tetapi memberi jaminan bahawa ia adalah “yang jarang-jarang (ditemui) dan neutral serta tidak boleh dipolitikkan”.

“Warna-warna (dakwat) itu akan diumumkan pada hari pencalonan,” kata Pengurusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz berkata, dakwat untuk pengundi awal itu boleh memberi kesan kepada jari selama sehingga lima hari.

“Dakwat untuk pengundi biasa boleh kekal sehingga tiga hari.

“Kita telah menempah 220,000 botol (dakwat) untuk pengundi biasa dan 10,000 untuk pengundi awal,” kata beliau sambil menambah bahawa setiap botol boleh digunakan oleh 100 pengundi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain