suria

180 Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran Di Rumah Panjang Bakun

KUCHING: Kira-kira 180 orang hilang tempat tinggal apabila sebuah rumah panjang Skim Penempatan Semula Empangan Bakun di Sungai Asap, Belaga, kira-kira 800km ke utara dari sini, musnah dalam kebakaran Ahad.

Ketua polis daerah Belaga DSP Bakar Sebau, yang mengesahkan kejadian itu Isnin, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku di Rumah Panjang Uma Kulit pada kira-kira 10.30 malam Ahad.

Polis bersama sekumpulan anggota bomba sukarela dari kawasan penempatan itu berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah panjang berhampiran, katanya apabila dihubungi Bernama di sini Isnin.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kebakaran itu mungkin berpunca daripada litar pintas, manakala mangsa mendakwa mereka mengalami kerugian kira-kira RM500,000.

Rumah Panjang Uma Kulit adalah antara rumah panjang yang dibina bagi menempatkan semula penduduk di daerah Belaga yang terjejas akibat pembinaan projek hidro elektrik Bakun. -- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain