suria

Pakatan Rakyat Cemburu BN Bawa Psy Ke Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menolak dakwaan PAS kononnya Barisan Nasional (BN) terdesak meraih undi daripada masyarakat Cina apabila menjemput penyanyi popular dari Korea Selatan, Psy untuk membuat persembahan di Pulau Pinang, Ahad ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan itu adalah bersifat cemburu apabila Psy yang popular dengan tarian Gangnam Style bersetuju untuk hadir membuat persembahan pada acara anjuran parti itu.

“Dia (pembangkang) bila kita buat dia cuba tuduh macam-macam, walhal dia nak jumput Psy tu pada satu majlis Pakatan Rakyat, tapi bila Psy hadir pada majlis kita, rosaklah program dia, dia tak dapat, dia kutuk la kita (BN),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi (MT) Umno, di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi BN turut berasa pelik dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bersifat perkauman.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan menggunakan perkataan ‘tidak cerdik’ apabila menghentam kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menghasut orang ramai supaya memakai baju “Bersih” pada majlis rumah terbuka Sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang pada 11 Februari ini..

“Kita pun pelik dengan reaksi Guan Eng. Bukan kita tak pernah buat program besar-besaran di Pulau Pinang. Malah kita (BN) bukan bersifat perkauman, kita nak raikan sambutan Tahun Baru Cina, yang sangat bermakna kepada orang Cina,” tambah Najib.

Artikel Lain