suria

PM Lancar MCKIP

Najib (kanan) berbual sesuatu dengan Pengerusi Persidangan Konsultatif Politik Republik Rakyat China Jia Qinglin ketika melancarkan Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Gebeng, Kuantan, Selasa. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) kini secara rasmi dibuka untuk perniagaan selepas menyaksikan pelaburan berbilion ringgit hanya dalam tempoh empat bulan.

Ketika melancarkan taman ini di sini pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata taman ini merupakan taman perindustrian pertama di Malaysia yang akan diberi status negara, yang bermaksud ia akan dipacu oleh sektor swasta tetapi dengan panduan Kerajaan.

Dengan hubungan Malaysia-China yang sudah sampai ke kemuncaknya, beliau juga mengumumkan kedua-dua negara telah memuktamadkan program yang akan menyaksikan kerjasama dan komitmen antara satu sama lain yang lebih mendalam bagi tempoh lima tahun akan datang.

Program Pembangunan Lima Tahun untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan dijangka sedia untuk dipertimbangkan pada suku pertama tahun ini dan akan membuka peluang kerjasama antara sekarang dan 2017, kata Najib.

"Lebih sedekad yang lalu, dunia telah sampai ke tahap di mana model keperluan sumber di China telah mencipta corak perdagangan dan pengaruh yang baru.

"Sekarang dunia mula menyedari bahawa inovasi masyarakat Cina dan permintaan domestik membuktikan kuasa dalam ekonomi global.

"Maka dengan kerjasama ekonomi dan diplomatik - Saya bangga untuk mengatakan bahawa Malaysia berada semakin ke hadapan," kata Najib.

Pengerusi Persidangan Konsultatif Politik Republik Rakyat China, Jia Qinglin yang bersama-sama Najib melancarkan taman tersebut memuji Malaysia kerana mengambil usaha untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Malaysia telah menjadi rakan dagang Asean China teratas selama lima tahun berturut-turut.

Taman ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun dan telah menarik komitmen pelaburan bernilai RM10.5 bilion, mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan.

Artikel Lain