AirAsia Tawar Satu Juta Tempat Duduk Serendah RM26 Sehala - Semasa | mStar

AirAsia Tawar Satu Juta Tempat Duduk Serendah RM26 Sehala

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan satu juta tempat duduk promosi untuk jualan antara 15 dan 20 Januari ini, dengan penumpang hanya perlu membayar caj lapangan terbang dan bahan api.

Tempat duduk promosi ini akan ditawarkan serendah RM26 sehala ke destinasi domestik dan RM52 sehala untuk destinasi antarabangsa.

Dalam kenyataan, AirAsia berkata satu juta tempat duduk promosi itu akan ditawarkan untuk tempahan menerusi laman webnya, www.airasia.com membabitkan tempoh perjalanan bermula dari 20 Ogos tahun ini hingga 9 Februari, 2014.

Destinasi domestik termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bahru, dan Terengganu, manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Jakarta, Medan, Ho Chi Minh City dan Hat Yai.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar, berkata mereka yang merancang perjalanan atau percutian akhir tahun ini dan awal 2014, boleh mengambil kesempatan itu untuk menampah perjalanan masing-masing.

AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh yang juga sekutu AirAsia, menawarkan tambang promosi sempena kempen itu menerusi tambang menyeluruh serendah RM249 ke China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), RM229 ke Taiwan (Taipei) dan Jepun (Osaka, Tokyo). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Adun DAP Pulau Tikus Anggap Diri 'Bebas'

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Hasrat tunai umrah lebur ditipu 'ustaz'