Bantu Tahanan: Dua Lelaki Beri Perlindungan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang - Semasa | mStar

Bantu Tahanan: Dua Lelaki Beri Perlindungan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

BUTTERWORTH: Polis mengenalpasti dua lelaki yang dipercayai memberi perlindungan kepada lima tahanan yang masih bebas dan bersembunyi di sekitar Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berusia 31 tahun dan 60-an itu tinggal di dua lokasi di Ara Kuda dan dipercayai turut memberi wang serta pakaian kepada penjenayah terbabit.

"Berdasarkan maklumat, lelaki berusia 31 tahun itu adalah rakan tahanan dan dia dipercayai memberi bantuan dan perlindungan kepada mereka (tahanan) sejak hari pertama mereka meloloskan diri.

"Manakala lelaki berusia 60-an itu adalah bekas banduan dan dia juga dikatakan memberi makanan, rokok serta duit kepada tahanan sejak semalam," katanya kepada pemberita ketika meninjau sekatan jalan raya untuk mengesan tahanan terbabit di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), di sini, Jumaat.

Beliau berkata polis akan menahan kedua-dua lelaki terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini semalam.

Dua tahanan yang ditembak mati semalam ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.

Mereka yang masih diburu ialah Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, Mohamad Farid Akhtar, 24, Hamzani Harun, 37, Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dan Hisham Abdul Rahman, 39. BERNAMA

Artikel Sebelum

Banduan Mohd Fairus Sudah Yakin Akan Terbunuh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain