suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 Wanita Warga Asing Dikurung Di Rumah Kedai

KUANTAN: Dua lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan kerana didapati mengurung wanita warga asing di sebuah rumah kedai di Jalan Beserah di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam serbuan semalam, 15 wanita warga Indonesia berusia antara 20 hingga 30 tahun didapati dikurung di premis berkenaan sejak beberapa hari lepas.

Beliau berkata sebelum itu lima wanita yang juga warga Indonesia berjaya melarikan diri dari rumah kedai itu hasil bantuan orang awam dan membuat laporan polis.

"Hasil tindakan pantas polis, 15 wanita tersebut ditemui di rumah kedai itu," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Beliau berkata sehubungan itu, dua lelaki dan seorang wanita berusia 30-an ditahan di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Punca sebenar wanita-wanita berkenaan dikurung masih disiasat, namun dipercayai mangsa telah dijanjikan pekerjaan, katanya.

Mohd Jasmani berkata kesemua warga Indonesia terbabit yang memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial telah dihantar ke pusat perlindungan di Kuala Lumpur. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain