suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Ditetak Ibu Saudara

BALING: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dipercayai ditetak ibu saudaranya yang dikatakan menghadapi masalah mental, di rumah neneknya di Kampung Kejai di sini Sabtu.

Muadz Mohd Izwani meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kulim dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu.

Kanak-kanak tersebut dibawa oleh ibunya Faizah Ideris, 27, yang tinggal di Perlis ke rumah neneknya.

Menurut polis, kejadian berlaku ketika ibu mangsa sedang memandikan kakak mangsa di bilik air dan apabila dia keluar dia mendapati kakaknya itu sedang menetak Muadz.

Dia yang cuba menghalang turut ditetak dan cedera di tangan dan kepala.

Suspek yang berumur lingkungan 30-an telah ditahan.

Punca kejadian tidak diketahui. - BERNAMA

Artikel Lain