suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

85 Peratus Penguni Rumah Perantaraan Dapat Pekerjaan

IPOH: Hampir 85 peratus daripada 486 penghuni rumah perantaraan berjaya mencari pekerjaan sendiri selepas tamat program integrasi semula.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, sebahagian besar daripada 413 penduduk telah diserap ke kilang, bahagian pembuatan dan sektor berkaitan pembinaan.

“Semua ini seharusnya berterima kasih kepada para majikan yang bersedia memberi peluang kepada bekas penghuni rumah perantaraan,” katanya kepada para pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan rumah perantaraan di Taman Chandan Desa, di sini Jumaat.

Ia menjadikan kesemuanya sebanyak 14 rumah perantaraan, dengan satu di setiap negeri, katanya.

Lee berkata, turut didapati tiada pesalah berulang di kalangan mereka yang menamatkan proses pemulihan itu.

Selain mendapat sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kaunseling yang disediakan di rumah berkenaan, Lee berkata, penghuni berkenaan memerlukan masyarakat untuk mempercayai mereka yang mahu memulakan kehidupan baru.

Artikel Lain