Prosedur Pendaftaran Taska Baru Akan Dikaji Semula - PM - Semasa | mStar

Prosedur Pendaftaran Taska Baru Akan Dikaji Semula - PM

KUANTAN: Kerajaan akan mempermudah dan mempercepatkan pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) baru, tanpa perlu mendapat kelulusan agensi-agensi teknikal terlebih dahulu, jika mereka memenuhi standard minimum yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, melalui prosedur yang akan dikaji semula itu, ia akan dapat memastikan lebih banyak Taska dibuka pada masa depan.

"Asalkan Taska tersebut mengikut piawaian yang telah kita tentukan, maka luluslah pendaftarannya supaya lebih cepat pusat asuhan atau Taska dapat beroperasi," katanya ketika berucap di majlis pelancaran Program Astro 'Kasih Knowledge Zone' di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom di Penor, dekat sini pada Sabtu.

Sebelum ini, pengusaha Taska perlu mendapatkan kelulusan daripada agensi teknikal seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat terlebih dahulu sebelum mereka didaftarkan oleh JKM.

Beliau berkata, melalui inisiatif itu, sebanyak 372 buah Taska baru dapat didaftarkan yang akan menjadikan jumlah Taska berdaftar sehingga kini sebanyak 1,767 buah.

"Jumlah Taska itu akan memberi manfaat kepada hampir 53,000 kanak-kanak di seluruh negara yang mendapat perkhidmatan jagaan dan pendidikan awal yang berkualiti dan lebih sempurna," katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Astro Tun Zaki Tun Azmi dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie.

Selain itu, katanya, kerajaan juga memperuntukkan RM10 juta kepada penyedia pusat pendidikan awal kanak-kanak bagi membuka Taska baru yang berkualiti supaya semua kanak-kanak mendapat peluang membangun dengan kanak-kanak yang lebih bernasib baik.

"Melalui inisiatif ini, kerajaan menjangka dapat membantu penubuhan 1,000 buah Taska baru dengan kadar RM10,000 bagi setiap Taska yang akan memberi manfaat kepada hampir 30,000 kanak-kanak mulai tahun depan," kata beliau.

Sementara itu, Najib berkata, melalui Program Astro Kasih Knowledge Zone itu pihak Astro membekalkan dekoder B.yond, pemasangan dan bayaran langganan bulanan pakej famili percuma kepada semua rumah kebajikan yang berdaftar dengan JKM.

Menurutnya, Astro juga akan menyediakan sudut serta bahan bacaan kepada 24 pusat kebajikan kanak-kanak di seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Presiden PAS Bertanding di Parlimen Pekan?

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain