suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Menteri Persekutuan Terima Darjah Kebesaran Tertinggi Sabah

KOTA KINABALU: Tiga menteri persekutuan hari ini menerima anugerah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), darjah kebesaran tertinggi Sabah daripada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri di sini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendahului senarai penerima darjah berkenaan, diikuti Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Darjah SPDK itu membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima.' Turut menerima darjah kebesaran itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.

Hadir sama pada upacara penganugerahan darjah kebesaran negeri itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Penganugerahan darjah kebesaran berkenaan sempena ulang tahun kelahiran rasmi Juhar yang ke-58, tahun lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain