suria

Sekolah Perubatan Tempatan Perlu Tawar Pendidikan Berkualiti Tinggi - PM

KUALA LANGAT: Sekolah perubatan perlu bersikap serius menawarkan pendidikan perubatan berkualiti tinggi kepada bagi mengurangkan keperluan untuk menghantar pelajar ke luar negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, lebih sedikit sekolah yang menawarkan pendidikan perubatan berkualiti tinggi adalah strategi yang jauh lebih baik berbanding mempunyai terlalu banyak menawarkan pendidikan sub-standard.

Beliau berkata, berpandukan pada keperluan asas untuk akreditasi adalah tidak mencukupi, sambil menambah bahawa ia adalah lebih baik untuk mewujudkan penanda aras terhadap kualiti pendidikan perubatan dengan sekolah-sekolah terbaik di dunia.

“Apabila kita dapat mencapainya, mungkin tidak perlu lagi untuk menghantar pelajar-pelajar kita ke luar negara kerana mereka boleh mendapat pendidikan perubatan yang setaraf atau lebih baik di negara ini,” katanya pada majlis pecah tanah di Kolej Universiti Mahsa di Bandar Saujana Putra.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini terdapat pelajar dihantar ke kolej sub-standard perubatan dan ia merupakan masalah yang tiada kesudahannya.

Beliau menambah, sekolah perubatan sepatutnya mengkaji semula kokurikulum mereka yang bukan sahaja untuk menyampaikan pengetahuan perubatan dan kemahiran klinikal tetapi juga kepakaran psikologikal, komunikasi, hubungan sesama manusia dan masyarakat bagi membantu para pelajar menjadi seorang doktor yang baik, dijamin dan cekap.

Najib berkata, Kementerian Kesihatan perlu mengadakan hubungan secara serius dengan sekolah perubatan yang disahkan untuk peluang latihan di mana instituasi perubatan boleh menyediakan pakar kesihatan di hospital awam lebih kecil dan kementerian dapat menaik taraf kemudahan bagi mengurangkan tunggakan kes bagi pembedahan kecil dan kecemasan.

Najib menasihatkan supaya mereka yang bercita-cita untuk menjadi doktor perlu mempunyai semangat dan minat yang mendalam bagi menjaga mereka yang sakit, dalam apa juga keadaan, dan perlu bersedia untuk bekerja keras dan berkorban tanpa mengira masa.

“Kerjaya dalam penjagaan kesihatan bukan untuk semua walaupun kita tahu ramai pelajar berhasrat untuk menjadi doktor. Doktor yang baik bukan sahaja terdiri daripada mereka yang cekap dan berkemahiran tetapi mereka yang penyayang, bersemangat dan bermotivasi dalam menyediakan perkhidmatan untuk orang lain.

“Malaysia memerlukan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terlatih dan berdisiplin. Mereka perlu mengatasi sikap malu. Mereka perlu bersikap profesional yang beretika dan meletakkan kebajikan dan tanggungjawab terhadap pesakit melebih daripada segala-galanya,” kata beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Lain