suria

Bumburing Keluar BN, Lancar Angkatan Perubahan Sabah

Wilfred Bumburing
Wilfred Bumburing
Wilfred Bumburing

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) dan melancarkan gerakan bukan-politik Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front yang katanya akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Beliau mengumumkan perkara ini pada satu perhimpunan di daerah Tuaran dihadiri oleh, antara lain, Naib Presiden UPKO Senator Datuk Maijol Mahap.

Turut hadir ialah pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Lajim Ukin yang mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam anggota majlis tertinggi Umno dan sebagai ketua bahagian Beaufort parti itu pada Sabtu.

Artikel Lain