suria

Wang Kertas Siri Baru Mula Diedar Hari Ini

Wang kertas siri baru terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. - Foto BERNAMA

SUBANG JAYA: Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas siri baru yang memasuki edarannya pada Isnin.

Siri baru itu terdiri daripada denominasi RM100, RM20, RM10, RM5 dan RM1 dengan sentuhan warna terang dan bermotifkan ciri-ciri mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara.

Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri ini manakala substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Antara teknologi wang kertas terkini untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan denominasi berlainan.

Wang kertas itu diedarkan menerusi bank-bank, pasar raya dan kedai runcit.

Artikel Lain