suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengkel Besi Musnah Dalam Kebakaran

KUALA LUMPUR: Sebuah bangunan setingkat lot kedai yang dijadikan bengkel besi rentung dalam kebakaran di Taman Klang Gate, Ampang, di sini Selasa.

Pegawai Operasi Penolong Pegawai Bomba Ampang Anuar Yaacop berkata dalam kejadian 6 pagi itu, bengkel besi berkeluasan 1,600 meter persegi itu hangus sama sekali dan pihak bomba masih menyiasat punca kejadian serta kerugian.

"Kami terima panggilan pada pukul 6.10 pagi dari orang awam dan seramai 13 anggota dengan dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Beliau berkata ketika kejadian tiada orang di dalam premis berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain