suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada Pihak Hasut Penduduk Pengerang Bantah Projek Rapid - Azalina

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said kesal dengan sikap pihak tertentu yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk di Pengerang Johor mengenai isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Beliau berkata mereka cuba menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk sungguhpun isu perpindahan penduduk terbabit bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek itu masih belum diputuskan.

"Tapi kita lihat ada orang luar yang cucuk (menghasut) orang tempatan dan cuba timbulkan rasa tak puas hati di kalangan mereka...janganlah timbulkan sesuatu sebelum ia berlaku," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Hadir bersama beliau ialah beberapa wakil penduduk Pengerang termasuk Ketua Umno cawangan Pengerang Abdul Wahab Abdul Manan.

Azalina berkata mesyuarat bagi membincangkan perkara itu dan beberapa isu lain masih berjalan di peringkat negeri yang turut melibatkan Pegawai Daerah Pengerang serta wakil penduduk.

"Kita bincang banyak isu, perpindahan penduduk, harga tanah, kawasan perkuburan, tapi semuanya belum ditetapkan lagi," katanya.

Azalina berkata pemindahan penduduk akan dilaksanakan secara berperingkat selepas kawasan perumahan baru untuk mereka dikenal pasti. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain