suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

25 Ahli PAS Sertai Umno Merbok

SUNGAI PETANI: Ekoran sudah muak dengan janji-janji pemimpin PAS yang tidak pernah ditunaikan, seramai 25 orang anggota PAS di Kampung Teluk Che Lela dan Kampung Gelam di Mukim Bujang dekat sini menyertai Umno setelah lebih 15 tahun menyertai PAS.

Salah seorang daripada mereka Abdul Mutalib Jaafar, 55, dari Kampung Gelam berkata beliau mengambil keputusan tersebut setelah berbincang dengan rakan-rakannya. "Saya sebelum ini sudah tiga kali mengundi calon PAS dalam setiap pilihan raya umum," katanya selepas menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain di Dewan Umno Kampung Teluk Che Lela pada Ahad.

Beliau berkata PAS dilihat masih tidak dapat melakukan yang terbaik kepada anggotanya.

Sementara itu Tajul Urus berkata beliau kagum dengan tindakan berani bekas anggota dan penyokong PAS itu yang bertindak meninggalkan parti berkenaan.

"Jika orang Melayu lain dapat melakukan tindakan sama, Umno pasti menjadi bertambah kuat dan teguh termasuk di Merbok," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain