suria

Malaysia Negara Ketiga Di Rantau Ini Terima Panda Gergasi Dari China

Rakyat Malaysia bakal melihat panda gergasi yang menjadi antara haiwan di dunia yang paling terancam di negara ini tidak lama lagi.
Rakyat Malaysia bakal melihat panda gergasi yang menjadi antara haiwan di dunia yang paling terancam di negara ini tidak lama lagi.
Rakyat Malaysia bakal melihat panda gergasi yang menjadi antara haiwan di dunia yang paling terancam di negara ini tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi negara ketiga di rantau ini, selepas Thailand dan Singapura yang menerima panda gergasi dari China.

Thailand menerima sepasang panda gergasi pada tahun 2004 yang kini ditempatkan di Zoo Chiang Mai, manakala Zoo Singapura mempunyai dua ekor panda yang sama, An An dan Xin Xing, yang dipinjam dari China selama 100 hari pada tahun 1991.

Panda gergasi adalah jenis yang jarang-jarang ditemui dalam kumpulan keluarga beruang panda dan menjadi antara haiwan di dunia yang paling terancam.

Laporan berita di China, pada April menyebut Malaysia akan membelanjakan sebanyak RM20 juta untuk penjagaan panda ini.

Bajet itu dijangka untuk menampung pembinaan tempat perlindungan berhawa dingin untuk haiwan ini, mengimport buluh dari China untuk makanan serta kenderaan tempatan untuk mengendalikan haiwan ini.

Dalam perkembangan berasingan, Perbadanan Putrajaya yang bertanggungjawab membangunkan tempat perlindungan untuk haiwan ini sedang merancang dan mereka bentuk kandang, menurut sumber.

Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah berkata beliau gembira dengan rancangan membawa haiwan mamalia itu ke sini.

Katanya, keputusan China untuk menghantar sepasang beruang panda ke Malaysia merupakan simbol muhibah yang melambangkan keharmonian dan perpaduan di antara kedua-dua negara.

"Ia (panda) bukan haiwan semata-mata, mereka adalah khazanah dari China yang menjadi duta muhibah ke Malaysia, melambangkan keharmonian dan perpaduan di antara kedua-dua negara.

"Beruang panda ini juga menjadi jambatan untuk mengukuhkan hubungan Malaysia-China, yang telah dimulakan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak.

"Bapa memulakan hubungan, dan sekarang anaknya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengukuhkan hubungan. Ini memberi erti besar kepada kedua-dua negara," katanya.

Pada Isnin, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengumumkan bahawa China telah bersetuju untuk meminjamkan dua ekor panda bagi tempoh 10 tahun.

Satu perjanjian akan ditandatangani pada 15 Jun.

Negara-negara yang menerima panda dari China ialah Amerika Syarikat (AS), Mexico, Scotland, Jerman, Austria, France, Sepanyol, Jepun, Thailand, Taiwan dan Australia,

Australia, Austria, Belgium, Canada, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Jepun, Mexico, new Zealand, Korea Utara, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Taiwan, Thailand, belanda, Britain dan AS merupakan negara di dunia yang menerima panda gergasi dari China.

Artikel Lain