suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Anggota PGA Ditemui Mati Dalam Bilik Sewa

KUANTAN: Seorang bekas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemui mati dalam sebuah bilik sewa, di Jalan Pasar Baru, di sini Khamis.

Kejadian tersebut disedari rakan mangsa pada 8 malam Khamis selepas melihat lelaki itu terbaring atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Lelaki itu, Mohamad Hashim Said, 63, kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Superitendan Mohd Jasmani Yusoff berkata, siasatan awal mendapati, tiada sebarang kejadian membabitkan unsur-unsur jenayah terhadap mangsa.

Menurutnya, pihak HTAA sedang melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan polis mengklasifikasikan kejadian terbabit sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Artikel Lain