suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Yang Dirempuh Ahad Lepas Meninggal Dunia

KLANG: Anggota polis trafik, Koperal Mustaghni Tabri yang cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira, di sini, meninggal dunia, Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, yang mengesahkan perkara itu dalam satu sidang akhbar, berkata Mustaghni, 48, meninggal dunia pukul 11.45 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Ahad lepas, Mustaghni yang sedang bertugas dalam operasi mencegah lumba haram, dirempuh serta dilibas dengan topi keledar oleh pembonceng motosikal terbabit menyebabkan beliau cedera di bahagian belakang kepala akibat hentakan kuat. - BERNAMA

Artikel Lain