Malaysia Kaji Fatwa Hukum Haram Cetak Rompak

JAKARTA: Fatwa hukum haram terhadap kegiatan cetak rompak dan pembelian produk cetak rompak oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) akan dikemukakan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk melihat kemungkinan dibuat satu ketetapan hukum mengenai perbuatan serupa di Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata fatwa serupa berhubung perbuatan itu, sekiranya ada, dapat membantu usaha kerajaan untuk mengurangkan kegiatan cetak rompak di Malaysia.

"Tujuan kita ialah untuk mencetuskan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia khususnya umat Islam bahawa perbuatan mengambil karya orang lain secara tidak sah bukanlah budaya yang baik," katanya di sini, Jumaat.

Ismail Sabri, yang mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan tiga hari ke Jakarta, sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Amir Syamsudin di pejabatnya d Kuningan, Jakarta Selatan.

Menteri itu berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lebih terperinci daripada agensi Hak Kekayaan Intelektual Indonesia yang menjaga kepentingan harta intelek mengenai fatwa itu.

Perkembangan teknologi yang mengubah cara mencetak rompak daripada kaedah fizikal sebelum ini, kepada cara bukan fizikal seperti melalui proses muat turun, antara lainnya merumitkan usaha membanteras kegiatan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain