suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kadir Sheikh Fadzir Bentuk Parti Politik Baru 'Ikatan'

Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Abdul Kadir Sheikh Fadzir ketika sidang media mengumumkan beliau keluar daripada Umno Mac lalu. -foto THE STAR
Abdul Kadir Sheikh Fadzir ketika sidang media mengumumkan beliau keluar daripada Umno Mac lalu. -foto THE STAR

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah (Amanah) untuk membentuk sebuah parti politik baru yang dikenali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Bekas Menteri Penerangan ini akan mengetuai parti Ikatan selepas berkhidmat sebagai timbalan presiden Amanah untuk tempoh setahun lebih.

Abdul Kadir bagaimanapun enggan mendedahkan butir-butir parti baru, tetapi berkata akan berbuat demikian pada Khamis ini.

"Akan ada pelancaran rasmi dan sidang akhbar selepas itu ...Saya akan menjawab pertanyaan itu," beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi portal The Malaysian Insider.

Dijangka parti itu akan bergabung dengan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR).

Artikel Berikut

Artikel Lain