suria

Amirsham Pengerusi Baharu MIDA

Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi baharu MIDA berkuatkuasa Selasa.
Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi baharu MIDA berkuatkuasa Selasa.
Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi baharu MIDA berkuatkuasa Selasa.

KUALA LUMPUR: Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz telah dilantik sebagai pengerusi baharu bagi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuatkuasa Selasa.

Amirsham menggantikan Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, yang tempoh perkhidmatannya berakhir semalam setelah memberikan perkhidmatan cemerlang selama lebih dua tahun, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam satu kenyataan.

Amirsham memiliki ijazah kepujian dalam Ekonomi daripada Universiti Malaya dan merupakan Akauntan Awam Bertauliah.

Beliau berkhidmat sebagai pengerusi dan menjadi pengarah dalam beberapa organisasi swasta.

Beliau pernah berkhidmat sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif Maybank, kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar di Malaysia, selama 14 tahun iaitu dari 1994 hingga 2008.

Berikutan persaraannya dari Maybank pada Jun 2008, Amirsham dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan.

Beliau memegang jawatan menteri hingga 9 April, 2009.

Tan Sri Amirsham juga merupakan bekas pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC).

Dengan latar belakangnya yang cemerlang ini, kepimpinan Amirsham amat berharga kepada MIDA, khususnya dalam konteks usaha MIDA untuk membantu inisiatif transformasi ekonomi kerajaan, kata Mustapa. - BERNAMA

Artikel Lain